3 MAC 2021 - IPOH : Lawatan pemantauan pematuhan SOP Sektor Sukan dan Rekreasi di premis sukan oleh Encik Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak. Pemantauan ini turut disertai oleh pegawai dan Rakan Muda Sports Bubble Volunteer (RM-SBV) yang terdiri daripada pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) seperti Politeknik Ungku Omar Perak.

Tuan Pengarah turut menyampaikan sijil pematuhan SOP dan risalah-risalah promosi berkaitan SOP Sektor Sukan dan Rekreasi kepada pengurus premis sukan yang dipantau. Semoga inisiatif ini akan membantu memastikan pengusaha dan penggiat-penggiat sukan mematuhi SOP yang ditetapkan di samping mengamalkan norma baharu dalam pelaksanaan aktiviti sukan dan seterusnya mengekang penularan wabak Covid-19.

Disediakan Oleh : Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak