BAGAN DATUK -22 DISEMBER 2020 (SELASA)-Satu Lawatan Pemantauan Pejabat Pembangunan Negeri Perak,ICU JPM ke Tapak Pembinaan Kompleks Sukan Bagan Datuk yang diadakan hari ini.Turut hadir bersama dalam lawatan pemantauan ini ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri perak dan Penolong Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak. Lawatan ini dibuat oleh pihak ICU bertujuan untuk memantau projek pembangunan kompleks sukan ini,dan memastikan projek ini berada dalam skop atau landasan yang dirancang oleh kerana projek ini hampir siap sepenuhnya dan dijangka diserahkan kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia pada atau sebelum April 2021 kelak.

Disediakan Oleh: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bagan Datuk