LAWATAN MENGEJUT PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK KE PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAGAN DATUK

 

HILIR PERAK-07 DISEMBER 2020 (ISNIN)-Satu lawatan mengejut telah dibuat oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, YBrs Encik Mohd Saufi Mohd Ibrahim dan turut diiringgi Penolong Pengarah (Sukan) ke Pejabat Belia dan Sukan Bagan Datuk.Lawatan ini dibuat bertujuan untuk mengenal pasti setiap pejabat belia di daerah memandangkan Tuan Pengarah baru sahaja berkhidmat di Negeri Perak ini dan bukan sahaja di Bagan Datuk,malah lawatan ini turut di buat di 16 daerah yang lain yang menempatkan pejabat belia. Selain itu lawatan ini juga bertujuan mengenal pasti jika ada masalah yang timbul di peringkat daerah berkaitan pengurusan,program mahupun kebajikan kakitangan pejabat belia dan sukan daerah.

Selain daripada lawatan ke pejabat belia,Tuan Pengarah juga turut mengadakan lawatan tapak pembinaan Kompleks Sukan Daerah Bagan Datuk,memandangkan kompleks sukan ini dijangka siap pada hujung tahun ini atau awal januari 2021 kelak.Lawatan tapak oleh Tuan Pengarah ini diiringi Pegawai Belia dan Sukan Bagan Datuk ,Encik Hafiz Saat dan turut hadir Pegawai Belia dan Sukan Hilir Perak,Encik Syami Mohamad Anis.

Disediakan oleh: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bagan Datuk