BAGAN DATUK, 28 Mac 2021 (Ahad)- Menjadi satu keterujaan ramai pihak terutamanya kakitangan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia,Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dan Pejabat Belia dan Sukan Bagan Datuk apabila Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Ybhg. Dato’ Dr Hajah Wasitah binti Haji Mohd Yusof berhasrat untuk mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Sukan Bagan Datuk (KSBD).

Hari ini pada jam 10.30 pagi Ybhg.Dato’ Ketua Pengarah telah pun mengadakan satu lawatan kerja ke Kompleks Sukan Bagan Datuk ini dan diiringi oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak Ybrs. Encik Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim dan turut hadir Pengarah Cawangan Pembangunan Ekonomi Pembangunan Belia,Timbalan Pengarah (Belia) JBS Perak,Jurutera JKR Hilir Perak dan pegawai-pegawai dari JBS Perak.

Ybhg.Dato’ Ketua Pengarah telah diberikan taklimat ringkas oleh pihak kontraktor pembinaan berkaitan dengan kemajuan pembinaan yang dalam proses persiapan terakhir dan dijangka siap pembinaan pada pertengahan Jun atau selewat-lewatnya awal Julai 2021 kelak. Bagi melengkapkan lawatan kerja,beliau juga turut melawat dan memeriksa setiap fasiliti-fasiliti yang ada bagi memastikan setiap yang disediakan dan dibekalkan dalam keadaan yang baik dan sangat memuaskan.

 

DISEDIAKAN OLEH : PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH BAGAN DATUK