TELUK INTAN, 12 JANUARI 2021 (Selasa) –. Persatuan Sukan Elektronik (E-Sport) Daerah Hilir Perak telah menjemput Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak bagi sesi lawatan dan taklimat berkaitan Hub Sukan Elektronik (E-Sport) Daerah yang akan diwujudkan tidak lama lagi. Taklimat disampaikan oleh Saudara Safek Salleh, Presiden Sukan Elektronik (E-Sport) Daerah Hilir Perak.

 

Bertempat di Kg Selabak, Teluk Intan, Hub tersebut juga telah dilengkapi dengan beberapa set Playstation, simulator dan bakal dilengkapi dengan 1 set kemudahan sukan elektronik yang disumbangkan oleh Exco Belia dan Sukan Perak – YB Encik Khairul Shahril bin Mohamed kepada setiap daerah baru - baru ini.

 

Selain itu juga kemudahan talian internet berkelajuan tinggi serta ruang permainan turut akan disediakan. Hub tersebut dijangka boleh digunakan oleh para pemain sukan elektronik daerah ini tidak lama lagi terbaik dan juga sebagai pusat latihan dalam membantu meningkatkan lagi pembangunan sukan Elektronik (E-Sport) di daerah ini pada masa akan datang.

 

Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak