TELUK INTAN, 12 JANUARI 2021 (Selasa) – PBSD Hilir Perak bersama-sama Pengerusi Kelab Belia Generasi Baru Pekan Baru telah mengadakan sesi lawatan ke gelanggang pelbagai guna Taman Pekan Baru bagi meninjau keadaan dan keperluan bagi cadangan kerja-kerja naik taraf/ menambah baik keperluan   sedia ada di gelanggang tersebut. Sesi tersebut turut disertai oleh Puan Hamisah Abas, Ahli Majlis MPTI dimana beliau turut diberikan taklimat khusus berkenaan keadaan gelanggang dan kawasan sekitar oleh Pengerusi Kelab Belia Generasi Baru. Pihak PBSD turut memaklumkan berkenaan keperluan naiktaraf dan selenggara yang lebih kerap memandangkan kawasan tersebut bukan sahaja digunakan oleh belia untuk bermain futsal, malah turut digunakan oleh penduduk sekitar bagi aktiviti kecergasan seperti Zumba, Tai Chi dan kawasan permainan kanak-kanak. Wakil Ahli Majlis akan membawa perkara ini bagi dibincangkan dalam mesyuarat majlis kelak.

 

Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak