BAGAN DATUK, 15 DISEMBER 2019 (AHAD) - Demi memartabatkan warisan melayu dan melestarikan sukan silat di daerah Bagan Datuk, Persatuan Silat Daerah Bagan Datuk telah mengadakan satu Kursus Kejurulatihan Daerah Bagan Datuk. Kursus ini dianjurkan selama 2 hari 1 malam bermula pada 14 hingga 15 Disember 2019 bertempat di Camp Imzahali Agro Camp, Parit 13 Bagan Datuk. Kursus ini di sertai seramai 15 orang peserta dan juga pengiat sukan silat di daerah Bagan Datuk. Selain daripada mengadakan kursus, Persatuan Pencak Silat Daerah Bagan Datuk ini juga mengadakan satu Mesyuarat Penaja Penubuhan Persatuan ini memandangkan di Daerah Bagan Datuk belum di tubuhkan persatuan mahupun kelab beladiri silat ini. Majlis penutup kursus ini disempurnakan oleh Ybhg. En. Basharul Hafiz Saat, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bagan Datuk.


Disediakan oleh: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bagan Datuk