SLIM RIVER, 10 DISEMBER 2019 – Karnival Sukan Perak (SUPER) 2019 yang berlangsung pada 6 hingga 9 Disember 2019 di sekitar Ipoh telah melabuhkan tirainya dengan kejayaan Kontinjen Daerah Muallim membawa pulang 3 Emas yang diperolehi daripada acara memanah dan hoki. Kontinjen ini mempunyai kekuatan seramai 76 orang termasuk alet, pengurus pasukan dan jurulatih. Turut hadir di Majlis Penutup Karnival Sukan Perak (SUPER) 2019 yang berlangsung di Arena Badminton Ipoh pada 9 Disember 2019 yang lalu ialah Encik Shamsul Ridzuan Bin Idris iaitu Pengerusi Majlis Sukan Daerah Muallim merangkap Pegawai Daerah Muallim. Sekalung ucapan syabas dan tahniah diucapkan buat Kontinjen Daerah ini yang memberikan saingan yang agak sengit pada kemunculan mereka yang pertama di Karnival Sukan Perak (SUPER) 2019 ini. Semoga Kontinjen Daerah ini akan lebih maju di masa hadapan. Majulah sukan untuk negara.


Disediakan oleh: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Muallim