KLINIK PEMBANGUNAN SUKAN FOOTGOLF PERINGKAT NEGERI PERAK 2022

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dengan kerjasama Persatuan Footgolf Malaysia telah menganjurkan Klinik Pembangunan Sukan Footgolf Peringkat Negeri Perak 2022 bertempat di Bukit Jelutong Golf Club. Program ini melibatkan seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai Majlis Sukan Negeri Perak dan Akademik Pembangunan Belia Malaysia dan pelajar-pelajar IPT seperti UniKL Perak serta wakil Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Perak.

Program ini merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan bagi memperkenalkan dan mempromosikan sukan FootGolf sebagai salah satu sukan baharu yang mampu melahirkan masyarakat yang sihat dan aktif selaras dengan objektif Kerajaan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Bersukan. Moh kita sihat dan cergas sebagai sebuah Keluarga Malaysia.