08 DISEMBER 2019 PENGKALAN HULU – Lawatan rasmi Datuk Razarudin Husain, Ketua Polis Negeri Perak ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pengkalan Hulu turut mengimarahkan Masjid Jamek Pengkalan Hulu. Lawatan rasmi KPN Perak ke IPD Pengkalan Hulu adalah bagi berjumpa anggota dan kakitangan serta salam perkenalan beliau bersama warga Negeri Perak. Setelah majlis rasmi di IPD Pengkalan Hulu, KPN serta rombongan telah bergerak ke Masjid Jamek Pengkalan Hulu bagi menunaikan solat Jumaat berjemaah bersama masyarakat Pengkalan Hulu. Kedudukan IPD Pengkalan Hulu bersebelahan Masjid Jamek Pengkalan Hulu membuktikan bahawa ikatan ukhwah di antara anggota dan masyarakat berpisah tiada.

Disediakan oleh: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pengkalan Hulu