22 Mei 2022 – Ahad,Selama Perak, Pertandingan Sukan Elektronik Fifa 22 bersempena Karnival Belia Larut 2022,anjuran Kelab Sukan Elektronik Batu Kurau dengan kerjasama Pejabat Belia & Sukan Daerah Selama & Pergerakan Pemuda UMNO Larut,telah diadakan pada 22/5/2022,bertempat di Red Zon Gaming Studio,Batu Kurau,Perak.


Pertandingan ini telah menarik penyertaan  para belia pemain sukan elektronik FIFA yang berada di sekitar daerah Larut khususnya dan berakhir sekitar jam 3 petang dan disudahi dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang oleh Ketua Pemuda UMNO Larut,Sdr. Khairul Anuar Bin Din.

Objektif program ini tidak lain tidak bukan adalah sebagai salah satu program untuk mencungkil bakat-bakat pemain sukan elektronik di daerah Larut untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi selain daripada memberi pendedahan yang lebih luas kepada belia-belia sukan elektronik di daerah Larut