KAYUHAN PROMOSI HARI SUKAN NEGARA 2021 PERINGKAT NEGERI PERAK
- Butiran
- Pentadbir JBS Perak
- Jumlah paparan: 323
30 SEPTEMBER 2021, IPOH- Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dengan sokongan Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak telah melaksanakan Program Kayuhan Promosi Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Negeri Perak. Program kayuhan yang diketuai oleh YB Encik Khairul Shahril bin Mohamed Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak ini turut disertai Encik Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, Inspektor Mohd Al-Shukri bin Nasir, Ketua Balai Sungai Senam serta pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.