6 Jun 2022 - Program Kayuhan Santai Sg Perak 2022 anjuran Persatuan Taekwon-Do Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak berlangsung dengan penuh meriah.
Program kayuhan sejauh 50km bermula di Jambatan Victoria Kuala Kangsar ini telah disertai oleh seramai 150 orang peserta di mana pelepasan telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Kanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak bersama Presiden Persatuan Taekwon-do Negeri Perak.
Program ini bertujuan untuk memastikan masyarakat terus sihat dan cergas di samping meraikan sambutan Hari Berbasikal Sedunia yang disambut pada 3 Jun 2022.
Moh kekal sihat dan cergas sebagai sebuah Keluarga Malaysia.