AKTIVITI PROGRAM SEPANJANG BULAN APRIL 2022

KARNIVAL BUBUR LAMBUK DAERAH HILIR PERAK
 
TELUK INTAN, 13 April 2022 (Rabu) – Persatuan Kebajikan dan Kemajuan Masyarakat Daerah Hilir Perak dan Kelab Rekreasi Teluk Intan dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak telah mengadakan Karnival Bubur Lambuk Daerah Hilir Perak bertempat di Arena Square MPTI, Teluk Intan.
 
Karnival ini melibatkan seramai lebih 100 orang pegawai dan kakitangan dari Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak, Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), Jabatan dan Agensi Bangunan Persekutuan Teluk Intan serta kakitangan dan pelajar Kolej Komuniti Teluk Intan (KKTI) dan Majlis Kebudayaan dan Kesenian Hilir Perak.
 
Pada karnival tersebut juga turut berlangsung penyampaian Kotak Bantuan Makanan kepada penerima yang memerlukan dari sekitar daerah ini dan majlis disempurnakan oleh Tuan Saidi bin Shaari, Pegawai Daerah Hilir Perak
 
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak