TELUK INTAN, 01 DISEMBER 2019 (Ahad) – Sukan futsal adalah aktiviti yang tidak asing lagi serta amat diminati oleh golongan belia tidak kira dari peringkat umur, komuniti dan penduduk setempat. Program futsal anjuran DH Empire dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak telah diadakan di Anson Sport yang mendapat sambutan yang sangat baik daripada pemain. Sebanyak 35 Pasukan yang menyertai program ini sekali gus melebihi jumlah sasaran penganjur. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh En. Mohd Ibrahim Bin Mohamad Yussop merangkap Penolong Pegawai Belia dan Sukan Hilir Perak.


Disediakan oleh: Pejabat Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak