BAGAN DATUK, 30 NOVEMBER 2019 (SABTU) - Fiesta Seni Budaya Bagan Datuk 2019 telah dirasmikan oleh Orang Besar Jajahan Bagan Datuk Ybhg. Toh Seri Lela Paduka Dr. Khaled Bin Ismail yang telah diadakan di Arena Bagan Datuk. Program ini diadakan bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah malam. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Seni Budaya Warisan Bagan Datuk dengan kerjasama Pejabat Daerah Bagan Datuk, Pejabat Belia Sukan Bagan Datuk dan Yayasan Kemanusiaan Muslim AID Malaysia. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah pertandingan karaoke santai, persembahan kompang, persembahan nasyid dan cabutan bertuah.


Disediakan oleh: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bagan Datuk