IPOH, 9 DISEMBER 2019 - Bertempat di Ipoh Perak telah berlangsung Majlis Penutup Karnival Sukan Perak (SUPER) 2019 yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri Perak. Karnival SUPER 2019 ini telah berlansung bermula 6 hingga 9 Disember 2019. Sebanyak 5 jenis sukan yang dipertandingkan iaitu badminton, memanah, sepak takraw, hoki dan e-sport. Daerah Larut Matang dan Selama telah menjadi johan keseluruhan Karnival SUPER 2019 kali ini. Majlis Penutup SUPER 2019 telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan YB Howard Lee Chuan How. Turut hadir sama Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama merangkap Pengerusi Majlis Sukan Daerah Larut Matang dan Selama.Tahniah dan syabas kepada semua pemenang dan atlet yang telah mengambil bahagian, semoga dapat melahirkan lebih ramai atlet yang berbakat di Daerah Larut Matang dan Selama.


Disediakan oleh: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Larut Matang