TELUK INTAN,12 FEBRUARI 2020 ( Rabu) –Dalam usaha membendung isu HIV di daerah Teluk intan, Satu usaha  telah diadakan dengan pembentukan jawatankuasa gerak kerja  yang dilantik diperingkat daerah dimana Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak dilantik selaku Pengerusi dan Setiausaha bagi kluster Pembangunan Belia dalam menyelaras pengisian berkaitan pendidikan kesihatan dan HIV dalam aktiviti dan program berkaitan belia dan anak muda.

JK ini turut dianggotai oleh Giatmara Teluk Intan,Kolej Komuniti Teluk Intan, Kolej Vokasional Teluk Intan, serta Ahli Majlis Perbandaran Teluk Intan Pekasih ( NGO ). Pada tahun ini Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak akan sekali lagi dilibatkan semasa Progra, Bulan Sukan Negara 2020 bagi memberikan pengisian berkaitan pedidikan HIV dan kesihatan kepada peserta – peserta sepanjang berlangsungnya Bulan Sukan Negara pada bulan tersebut.

Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak