BEHRANG, 22 FEBUARI 2020 (SABTU) –YB Dr. Abdul Aziz Bin Bari, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Negeri Perak telah menyempurnakan pelepasan dan penyampaian hadiah peserta larian Behrang Run 2020 di SekolahMenengahKebangsaan Bandar Behrang 2020.Majlis pelepasan dan penyampaian hadiah larian Behrang Run 2020 turut dihadiri oleh Encik Osman Bin Mohamed Badari, PegawaiPendidikan Daerah Batang Padang, Encik Azshar Bin Ramli, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Behrang 2020 dan Encik Shahrani Bin Haron, PegawaiBeliadanSukan Daerah Muallim. Behrang Run 2020 melibatkan larian 10 Kilometer bagi kategori terbuka (lelaki dan wanita), 5 Kilometer bagi kategori veteran dan sekolah menengah (lelaki dan wanita) serta 3 Kilometer bagi kategori pelajar sekolah rendah (lelaki dan wanita) melibatkan 700 orang peserta mengambil bahagian.

 

Disediakan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Muallim.