GERIK, 9 JANUARI 2021 - Edaran barangan keperluan asas serta pakaian yang telah disumbangkan oleh NGO-NGO, syarikat swasta dan individu kepada mangsa-mangsa banjir di Perah, Gerik.

Proses edaran ini turut dibantu oleh sukarelawan-sukarelawan belia dari Gerik. Turut bersama dalam kerja-kerja kesukarelaan ini adalah En. Rizairi, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Hulu Perak dan juga En. Mohd Halifi, Penolong Pengarah, Rakan Muda JBS Perak. 

Disediakan Oleh: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Perak