AKTIVITI PROGRAM SEPANJANG BULAN APRIL 2022

RAKAN MUDA TADARUS PERINGKAT DAERAH HILIR PERAK
 
TELUK INTAN, 11 April 2022 (Isnin) – Firman Allah swt Taala yang bermaksud,"Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk itu dan membezakan antara yang benar dengan yang salah." (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak dengan kerjasama Masjid As-Saadah, Kampung Bahagia, Teluk Intan Perak turut tidak ketinggalan meraikan dan mengambil keberkatan bersempena kehadiran Ramadan dengan aktiviti tadarus Al-Quran menerusi program Rakan Muda Ramadan yang bermula pada 8 – 22 April 2022.
 
“Program akan bermula selepas Solat Tarawih dan peserta akan memperdengarkan bacaan masing-masing dihadapan kumpulan mereka dan pembimbing yang dilantik,” ujar Haji Mohammad Mokhtar bin Haji Ahmad Sabki yang juga merupakan Ketua Pembimbing dan Setiausaha Jawatankuasa Masjid As-Saadah, Kampung Bahagia.
 
Majlis Khatam Al-Quran Program Rakan Muda Ramadan Daerah Hilir Perak dijangka diadakan pada 24 April 2022 bersamaan 22 Ramadan 1443H.
 
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak