IPOH PERAK, 13 DISEMBER 2019 (JUMAAT) - Persatuan Taekwan-do Negeri Perak (MGTF) telah mengadakan majlis makan malam sempena dengan MGTF National Taekwan-do Championship yang melibatkan pasukan dalam negara seperti Sabah, Sarawak, Kelantan, Pahang dan Perak serta pasukan luar negara seperti pasukan daripada Kyrgyzstan pada pukul 8 malam 13 Disember 2019. Majlis makan malam tersebut diadakan di Dewan Komplek Belia dan Sukan (KOMBES) Ipoh, Perak. Seterusnya pertandingan taekwan-do ini berlangsung di Aeon MidTown Falim selama 2 hari iaitu 14 hingga 15 Disember 2019 (Sabtu & Ahad).


Disediakan oleh: Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak