home button

Perak

IPOH, 05 APRIL 2021 (ISNIN) - Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Perak Bil. 1/2021 yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan, Komunikasi Dan Multimedia di Bilik Gerakan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan.
 
Jawatankuasa tersebut dibentuk sebagai platform untuk hebahan, menyelaras dan memantau program/aktiviti pembangunan Belia dan Sukan yang dilaksanakan oleh KBS, agensi persekutuan dan Kerajaan Negeri.
 
 
DISEDIAKAN OLEH : JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK
 
 

IPOH, 2 APRIL 2021 - Lawatan pemantauan Pematuhan SOP Sektor Sukan dan Rekreasi di Kejohanan Lawn Bowl MAKSAK Malaysia 2021 oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak bersama Rakan Muda Sports Bubble Volunteer (RMSBV) bertempat di Arena Lawn Bowl Perak.

 

DISEDIAKAN OLEH : JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK.

IPOH, 31 MAC 2021 (RABU) - Telah berlangsung Majlis Penyerahan Penugasan Sukarelawan Khidmat Sokongan Vaksin (MyVac) KBS MOSTI bertempat di Bilik Mesyuarat, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak.
 
Majlis ini telah dilancarkan serentak seluruh negara oleh YB Menteri Belia Dan Sukan bersama-sama YB Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi secara "online".
 
 
DISEDIAKAN OLEH : JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK.

TELUK INTAN, 28 MAC 2021 (Ahad) – YB Senator Wan Ahmad Fahysal bin Wan Ahmad Kamal – Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia telah mengadakan Lawatan Kerja ke daerah Hilir Perak. YB Senator tiba di Gelanggang Futsal Karentina pada jam 11.30 pagi bagi menyaksikan perlawanan Futsal persahabatan NGO Belia RPA Kerantina. YB Senator turut menyampaikan ucapan dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada setiap pasukan dan sumbangan bola futsal kepada Pengerusi NGO Kerantina.

YB Senator kemudiannya menuju ke Rumah Bethany, Hutan Melintang bagi menyantuni atlet Para OKU Kebangsaan yang merupakan sebahagian dari penghuni rumah tersebut. Kehadiran YB Senator disambut oleh YBhg Dato Dr Ketua Pengarah JBSN. YB Senator turut menyampaikan kotak bantuan kepada atlet-atlet tersebut.

.Pada sebelah petangnya YB Senator memenuhi undangan YB Dato’ Zainol Fadzi Hj Paharudin, ADUN Sg Manik bagi menghadiri perlawanan persahabatan bolasepak di Padang Bolasepak Kg Attaduri, Langkap. YB Senator turut menampilkan aksi bertenaga semasa beraksi dengan pasukan Pilihan Anak Muda Langkap menentang Pilihan YB ADUN Sg Manik.

                   

DISEDIAKAN OLEH : PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH HILIR PERAK