PEKAN, 28 Januari - Puan Salmiyah Mohamed mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pekan telah hadir membantu pelaksanaan Majlis Penyerahan Sumbangan Mangsa Banjir kepada ahli Persatuan Puspanita Cawangan Daerah Pekan. Seramai 18 orang ahli telah hadir dikalangan pelbagai Agensi Kerajaan bagi menerima sumbangan yang diserahkan oleh iaitu Datin Firdhaus Md Yatim, Pengerusi PUSPANITA Daerah Pekan. Majlis ini diadakan di Bilik Mesyuarat, Jabatan Kerja Raya Daerah Pekan. Sumbangan ini diagihkan bertujan bagi membantu meringankan beban yang dihadapi oleh mangsa banjir di atas kemusnahan dan kerugian yang ditanggung akibat banjir yang melanda daerah ini. Semoga semua mangsa bertabah dan redha dalam menempuhi ujian ini. Disediakan oleh:- Salmiyah Mohamed, PBSD Pekan. Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang