KUANTAN, 14 Januari – Mesyuarat Penyelarasan Bajet Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan telah diadakan semalam di Bilik Mesyuarat, Majlis Sukan Pahang (MSP). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB Dato’ Sri Kapt. (B) Haji Mohd Johari Haji Hussain, ​Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang. Mesyuarat membincangkan mengenai pelbagai program yang akan dilaksanakan pada tahun ini serta perancangan pelaksanaan bagi memberikan impak maksimum kepada komuniti khususnya golongan belia. Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang telah diwakili oleh Encik Mohamad Suhaizan Selamat, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Encik Shafrul Haji Kadir, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan dan Encik Mohd Sanusi Shukri, Pegawai Unit Pembangunan Rekreasi JBS Negeri Pahang. Disediakan oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang