ROMPIN, 28 Januari - Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Rompin bersemangat memupuk budaya bersukan  dengan penganjuran ‘Mini Tournament Bowling’ Persahabatan Rompin-Pekan yang melibatkan warga pentadbiran tersebut yang telah diadakan di Premium Lanes Pekan Bowling Centre. Aktiviti bersukan ini diadakan sempena Hari Sukan KBS yang dilaksanakan pada setiap hari Selasa pada minggu kedua dan keempat setiap bulan. Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi di masa akan datang kerana ia dapat mengeratkan ukhwah di samping menggalakkan gaya hidup aktif dan cergas di kalangan warga Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang. Disediakan oleh:- Noorul Ain Kamar Zaman, PBSD Rompin. Disunting oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang