ROMPIN, 28 Januari - Mini Tournament Bowling Persahabatan Rompin- yang melibatkan seramai 12 orang warga daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Rompin, PBSD Pekan dan KRMSAR  telah dianjurkan oleh PBSD Rompin di Premium Lanes Pekan Bowling Centre. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengeratkan jalinan silaturrahim di samping menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif. Johan Kategori Lelaki telah dimenangi oleh Encik Faizal (PBSD Pekan) dengan 437 jatuhan pin, Naib Johan ialah Encik Safian KRMSAR (361) dan Tempat Ketiga ialah Encik Zubi KRMSAR (335). Manakala Johan Kategori Wanita pula dimenangi oleh Puan Ain (PBSD Rompin) dengan 334 jatuhan pin, Naib Johan ialah Puan Rosliza PBSD Rompin (275) dan Tempat Ketiga Puan Shima PBSD Pekan (230). Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi di masa akan datang dengan penyertaan yang lebih ramai lagi. Disediakan oleh:- Noorul Ain Kamar Zaman, PBSD Rompin. Disunting oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang