BERA, 12 MAC 2020 – Mesyuarat Agung Tahunan kali pertama Kelab Boling Arowana Bera telah diadakan di Kompleks Rakan Muda (KRM) Daerah Bera. Mesyuarat Agung ini telah dirasmikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bera, Encik Mohamad Rozaiham Abdul Rahman. Dalam ucapannya, beliau telah mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Penaja yang berjaya menjadikan penubuhan Kelab Boling Arowana Bera ini sebagai satu kenyataan apabila kelab ini telah diluluskan pada 31 Januari yang lalu. Beliau turut mengingatkan agar ahli terus memberikan sokongan kepada kepimpinan jawatankuasa yang terpilih dan jawatankuasa yang dilantik kelak perlu memastikan Laporan Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) dihantar ke Pejabat Pesuruhjaya Sukan bagi memastikan kelab ini berjalan dan ditakbir secara sah pengikut peraturan yang telah ditetapkan.

 

Disediakan oleh: Nur Amalina Mat Hussin (PBSD Bera)

Disunting & Disemak oleh: Nor Dalilah Mohamad Tajuddin, Pentadbir Portal JBS Pahang