KUANTAN, 14 Januari – Lawatan dan pemeriksaan Padang Sintetik MBK telah dijalankan semalam berikutan daripada Perbincangan Membaikpulih Padang Sintetik Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) telah diadakan pada 10 Januari yang lalu. Lawatan dan pemeriksaan ini adalah bagi mengumpulkan maklumat berkaitan kerja-kerja membaikpulih padang tersebut serta bantuan yang boleh diberikan oleh pihak Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang secara kerjasama dengan pihak MBK yang telah dihadiri oleh Encik Muhaimin Anoor, Ketua Bahagian Komuniti dan Sukan, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Perkhidmatan Perbandaran manakala JBS Negeri Pahang telah diwakili oleh Puan Basyirah Zulkifli, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuantan, Puan Noor Nazurah Nerman mewakili Bahagian Pembangunan Sukan dan Encik Najhan Mohamed mewakili Bahagian Pembangunan JBS Negeri Pahang. Disediakan oleh:-Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang