RAUB, 5 Julai - Sebanyak 22 pasukan lelaki dan 20 pasukan wanita yang terdiri daripada Johan serta Naib Johan setiap daerah turun ke venue pertandingan iaitu Kompleks Rakan Muda (KRM) Raub bagi menyahut cabaran memenangi Kejohanan Futsal MSL2022 Peringkat Negeri Pahang bagi acara futsal (lelaki dan wanita). Bermula jam 8.00 pagi lagi para pasukan dengan semangat yang berkobar-kobar memulakan perlawanan masing-masing dengan mempamerkan aksi-aksi menarik. Sokongan daripada penonton juga telah sedikit sebanyak menghangatkan aksi perlawanan. Rata-rata penonton mempunyai pilihan pasukan masing-masing. Kesemua kontinjen daerah telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang perjalanan program. Kerjasama yang baik juga turut diberikan kepada urusetia dan teknikal sepanjang program berlangsung. Kejohanan ini telah mendapat kerjasama daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang dimana wakilnya iaitu Encik Ahmad Salizam Haji Mohd Ghazali, Ahli Majlis PBNP telah hadir mewakili pihak Persatuan bagi Majlis Perasmian. Terima kasih kepada semua yang telah terlibat.

#towardshsn2022pahang
 
Disediakan oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang