home button

Pahang

BERA, 12 MAC 2020 – Program Kayuhan Berbasikal anjuran Kelab Berbasikal Bera (KBB) telah diadakan pada 8 Mac yang lalu. Program ini telah melibatkan jarak sejauh 40 kilometer bermula dari Sekolah Kebangsaan Mayam ke Jeram Terapai, Chenor, Maran. Aktiviti melibatkan laluan ‘off road’ iaitu laluan balak bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada sekitar jam 1.30 petang. Seramai 30 orang peserta telah terlibat dalam penganjuran program ini dan rata-ratanya amat gembira kerana telah berjaya menamatkan kayuhan. Program ini bertujuan untuk membentuk budaya sihat dikalangan penggemar aktiviti sukan lasak.

 

Disediakan oleh: Nur Amalina Mat Hussin (PBSD Bera)

Disunting & Disemak oleh: Nor Dalilah Mohamad Tajuddin, Pentadbir Portal JBS Pahang

BERA, 12 MAC 2020 – Mesyuarat Agung Tahunan kali pertama Kelab Boling Arowana Bera telah diadakan di Kompleks Rakan Muda (KRM) Daerah Bera. Mesyuarat Agung ini telah dirasmikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bera, Encik Mohamad Rozaiham Abdul Rahman. Dalam ucapannya, beliau telah mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Penaja yang berjaya menjadikan penubuhan Kelab Boling Arowana Bera ini sebagai satu kenyataan apabila kelab ini telah diluluskan pada 31 Januari yang lalu. Beliau turut mengingatkan agar ahli terus memberikan sokongan kepada kepimpinan jawatankuasa yang terpilih dan jawatankuasa yang dilantik kelak perlu memastikan Laporan Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) dihantar ke Pejabat Pesuruhjaya Sukan bagi memastikan kelab ini berjalan dan ditakbir secara sah pengikut peraturan yang telah ditetapkan.

 

Disediakan oleh: Nur Amalina Mat Hussin (PBSD Bera)

Disunting & Disemak oleh: Nor Dalilah Mohamad Tajuddin, Pentadbir Portal JBS Pahang

LIPIS, 12 MAC 2020 - Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Belia Kampung Kuala Telang telah mengadakan Program Riadah Santai Berkayak & Memanah di Campsite Pulau Berala, Kampung Kuala Telang pada 7 Mac yang lalu. Selain berkayak dan memanah terdapat juga aktiviti cabutan bertuah kepada para peserta.  Turut hadir Ahli Parlimen Lipis, YB Dato' Sri Haji Abdul Rahman Mohamad serta Ketua Pemuda UMNO Pahang, Saudara Mohd Farid Mohd Nor. Syabas dan tahniah kepada pihak penganjur kerana telah berjaya menganjurkan program yang telah mendapat sambutan hebat.

 

Disediakan oleh: Norraziah Yaakub (PBSD Lipis)

Disunting & Disemak oleh: Nor Dalilah Mohamad Tajuddin, Pentadbir Portal JBS Pahang

LIPIS, 12 MAC 2020 - Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah (JKTD) Bilangan 2 Tahun 2020 telah diadakan pada 2 Mac yang lalu bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. Mesyuarat yang telah bermula jam 9.00 pagi itu membincangkan beberapa agenda yang melibatkan aktiviti, program serta perkembangan semasa yang berlaku dalam daerah ini. Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Lipis, Encik Mohd Hafizul Hamid hadir mesyuarat tersebut.

Disediakan oleh: Norraziah Yaakub (PBSD Lipis)

Disunting & Disemak oleh: Nor Dalilah Mohamad Tajuddin, Pentdabir Portal JBS Pahang