JASIN, 27 Januari 2020 - Hubungan erat yang sedia terjalin antara kepimpinan Majlis Gabungan Belia Daerah Jasin (MGBDJ) dengan sesama ahli jawatankuasa dimurnikan lagi melalui Program Ziarah Kasih dalam berkongsi kegembiraan atau menziarah rakan-rakan ahli yang ditimpa musibah.

Program yang diadakan kali ini bagi merai serta berkongsi kegembiraan bersama Setiausaha Kehormat MGBDJ, Shafiee Muzid dan isteri yang baru menimang cahaya mata di kediamannya dekat Merlimau tengah hari tadi.

Pengerusi MGBDJ, Zaini Muhamad turut menyampaikan cenderahati kepada pasangan suami isteri tersebut. Hadir sama meraikan, Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Jasin (GB4B), Mohd Nizam Omar serta ahli jawatankuasa MGBDJ yang lain