ALOR GAJAH, 2 Februari 2020 - Menyahut saranan dan misi kerajaan negeri untuk melahirkan rakyat yang sihat dan aktif, warga Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin malam ini turut serta mengambil bahagian dalam acara 5 km Fun Run di Program Gegau Melaka Gegau 2020.

Program anjuran Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) Negeri Melaka bersama Tourism Melaka ini diadakan di Kompleks Japerun Rembia dan dirasmikan oleh Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis melibatkan penyertaan seramai hampir 5000 orang dalam 2 acara utama iaitu Fun Run dan Fun Ride.

Sungguh pun program berlangsung di luar daerah Jasin namun aktiviti fun run sentiasa menarik perhatian dan penyertaan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin, Nurul Haida Mohd Ghazali dan Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin, Ahmad Iswadi Ishak yang juga merupakan penggemar aktiviti sukan tersebut.