TANJUNG TUAN, 11 Jun 2022 - Hujan renyai yang membasahi bumi sedikit pun tidak membantutkan semangat para peserta untuk meneruskan aktiviti berjalan kaki Walk For Life Negeri Melaka Siri 1 bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia dan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Melaka.
*
Hampir 100 orang peserta dari pelbagai agensi dan individu telah mengambil bahagian dalam aktiviti sihat ini. Apa yang menariknya ialah para peserta bukan sahaja dapat berjalan secara santai beramai-ramai tanpa mengira latar belakang, tetapi juga berpeluang untuk 'berbudi' kepada alam sekitar dengan mengutip sampah yang terdapat sepanjang perjalanan menuju ke Rumah Api 'Cape Rachado', Tanjung Tuan, Melaka. Suasana alam yang tenang disulami dengan udara yang segar melengkapkan perjalanan menarik para peserta Walk For Life pada kali ini.
*
Program ini dilaksanakan bagi memberikan peluang kepada para peserta untuk melakukan aktiviti secara sihat & cergas dengan berjalan kaki sekurang-kurangnya 10,000 langkah.
*
Sesi 'Flag Off' program ini telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Alor Gajah; Tuan Saiful Hazwa Kipli yang diiringi Pengarah JBS Melaka; Khairul Adri Dato' Rosli. Turut hadir bersama, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka; Rosli Haji Osman dan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Melaka; Khirun Nizam Abdul Rahim.

#BAHAGIANSUKAN