JASIN, 16 Februari 2022 - Kelab Angkat Berat Nyalas mula ditubuhkan tahun lepas apabila ramai anak muda tempatan menunjukkan minat yang mendalam terhadap sukan angkat berat selepas melihat kecemerlangan atlet angkat berat Filipina yang pernah berlatih di Nyalas.
.
Bagi melihat hasil latihan dan ruang atlet muda mencari pengalaman, kelab mengambil inisiatif menyertai Kejohanan Angkat Berat Youth, Junior dan Senior Kebangsaan 2022 yang sedang berlangsung dari 14 hingga 19 Mac 2022 ini di Dewan Alamanda, Jasin.
.
Hasilnya, Nur Batrisyia bte Yaacob yang sertai Kategori Youth 59kg telah mendapat pingat Perak manakala atlet dari Kedah memenangi pingat Emas. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Nurul Haida Mohd Ghazali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin.