AYER KEROH, 30 Mei 2022 - Bahagian Pembangunan Sukan, JBS Melaka melalui Unit Pembangunan Sukan OKU telah mengadakan persiapan akhir bagi memastikan kelancaran Program Inspire iTalent Peringkat Negeri Melaka 2022 bagi menilai bakat-bakat baru atlet OKU untuk dipilih mewakili Negeri Melaka pada masa akan datang yang akan diadakan pada 31 Mei 2022 bertempat di Kompleks Sukan Komuniti Krubong, Melaka.
*
Satu taklimat akhir bagi menyelaraskan pelaksanaan program ini agar dapat berjalan dengan baik dan teratur telah dilangsungkan bertempat di Aras 1, Bilik Perbincangan JBS Melaka dan telah disampaikan oleh Pegawai Pembangunan Sukan OKU, JBS Melaka; Masitah Ab. Wahab.
*
Turut bersama didalam sesi taklimat tersebut, Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Sukan, JBS Melaka; Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh. Turut hadir para pegawai dari Bahagian Pembangunan Sukan, Bahagian Pembangunan Belia, Bahagian Pembangunan Rakan Muda serta para pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah yang akan bersama-sama membantu didalam kelancaran pelaksanaan program Inspire iTalent pada kali ini.
*
Untuk makluman, dijangkakan seramai 30 orang peserta akan hadir pada sesi pencarian bakat atlet baru OKU pada kali ini dan program ini juga akan melibatkan penglibatan kerjasama agensi Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka serta Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) Negeri Melaka.

#BAHAGIANSUKAN