Alor Gajah, 6 Januari 2020 : Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka telah mengaturgerak satu pasukan terdiri daripada 5 x pegawai untuk mengendalikan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) bagi pemilihan peserta ke Tier 3 Malaysia Future Leader School, pusat pemilihan Negeri Melaka bertempat di Kem Wawasan Negara, Hutan Percha, Alor Gajah, Melaka.

Pasukan Penguji UKJK ini diketuai Encik Yan Mohd Nor Alif bin Mohamad Noh selaku Penolong Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Seramai 24 orang peserta telah menjalani ujian UKJK ini melibatkan 5 bateri ujian iaitu : Indeks Jisim Tubuh (Body Mass Index), Ujian Duduk Jangkau, Ujian Genggaman Tangan (Handgrip), Bangkit Tubi 1 Minit, dan Larian Bleep Test.

Pelaksanaan ujian berjaya di selesaikan dalam keadaan baik tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Kemahiran dan keupayaan pengendalian UKJK ini juga menjadi satu tanda aras kepada Kementerian Belia dan Sukan khasnya kerana ujian ini begitu signifikan kerana turut digunapakai dalam urusan pengambilan ke dalam perkhidmatan awam Malaysia.