MELAKA, 25 Januari 2022 – Pengarah dan warga JBS Negeri Melaka merakamkan sekalung tahniah kepada Pengerusi Pertubuhan MIYC Negeri Melaka saudara Dhanesh A/L Basil di atas pelantikan sebagai Ahli Majlis Perundingan Belia Negara 2021-2022 yang akan membahaskan Ucapan Dasar YB Menteri Belia dan Sukan. Watikah tersebut disampaikan oleh YB Dato’ Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu, Menteri Belia dan Sukan. Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang 1, Penggal ke-33 bagi tahun 2021-2022 yang dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan ini diadakan di Hotel Tenera, Bangi Selangor. Kali ini, MPBN memfokuskan perbincangan isu serta agenda pembangunan belia negara yang menjurus kepada teknologi pendigitalan, transisi peralihan kepimpinan, peluang pekerjaan dalam ekonomi gig, kepimpinan dan belia sebagai pemimpin.Disediakan oleh: Jalma Annas, Bahagian Pembangunan Belia JBSNM