BEMBAN, 20 Mac 2022 - Kejohanan Bola Jaring MSL 2022 Daerah Jasin menutup tirai dengan kejuaraan milik TMNC Cat Women yang menumpaskan Swift di peringkat akhir. Tempat Ketiga Bersama milik Politeknik Merlimau A dan Politeknik Merlimau B.
.
Pelaksanaan MSL yang bertujuan membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi gerakan gaya hidup aktif dan sihat di samping mencari bakat baharu. Juara dan Naib Juara bakal beraksi di peringkat Negeri sebelum ke peringkat Kebangsaan.
.
Perasmian telah disempurnakan oleh Datuk Wira Hassan Rahman, Penyelaras Dun Bemban. Sebanyak 7 pasukan berentap dalam merebut hadiah wang tunai berjumlah RM2,300.