KUNJUNG HORMAT IPK 01

BUKIT BERUANG, 30 Mei 2022 - Satu kunjungan hormat dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka yang diketuai Tuan Pengarah JBS Melaka; Khairul Adri Dato' Rosli kepada Ketua Polis Negeri Melaka; YBhg. DCP Dato' Zainol Hj Samah telah diadakan bertempat di MES Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Melaka.
*
Pertemuan yang berlangsung hampir setengah jam tersebut turut membincangkan tentang hala tuju dan komitmen yang boleh dilakukan diantara kedua-dua agensi dalam mempertingkatkan kerjasama didalam program-program Jabatan terutamanya program Belia dan Sukan serta merapatkan lagi hubungan dikalangan pegawai kedua agensi pada program yang akan datang.
*
Turut sama hadir didalam pertemuan tersebut, Timbalan Pengarah (Belia); Muhammad Abdul Hafidz Mohd Amin, Penolong Pengarah (Sukan); Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh dan Penolong Pengarah (Rakan Muda); Azmee Amar Azwan Mostapa.
*
Pihak Jabatan sangat berbesar hati atas kesudian pihak IPK Negeri Melaka dan YBhg. DCP Dato' menerima kehadiran kami.

#JBSNM