IPOH, 18-20 Mac 2022 - Satu persidangan para pegawai Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah diadakan bertempat di Impiana Hotel, Ipoh, Perak.
Seramai 9 orang kakitangan JBS Melaka yang diketuai YBrs. Tuan Pengarah; Encik Khairul Adri Dato' Rosli telah hadir ke konvensyen pada kali ini. Konvesyen pada kali ini telah berjaya mengumpulkan hampir 300 orang pegawai dari seluruh negara yang turut menjadi perwakilan bagi dua (2) mesyuarat agung utama iaitu Mesyuarat Agung Tahunan Penolong Pegawai dan Pembantu Belia dan Sukan Semenanjung Malaysia (KPPPBSSM) dan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pegawai Perkhidmatan Belia dan Sukan Malaysia (MYSO) bagi memilih pucuk pimpinan yang baru bagi penggal 2022-2024.
Majlis perasmian penutup Konvensyen yang dilangsungkan selama 3 hari ini telah disempurnakan oleh YB Menteri Belia dan Sukan; Dato' Seri Ahmad Faizal Dato' Haji Azumu. Turut sama hadir YBhg. Dato' KSU KBS; Dato' Jana Santhiran Muniayan dan YBrs. KP JBSN; Tuan Mohd Azhari Mohammad.
Semoga konvensyen kali ini akan dapat mencapai objektifnya agar skim S ini dapat dimantapkan dan diperhebatkan pada masa akan datang agar dapat terus memberikan sumbangan yang terbaik kepada rakyat dan membantu didalam memacu kemajuan pesat negara terutamanya kepada belia dan pemangkin tahap kecergasan dan kesihatan rakyat.