MELAKA , 2 Disember 2019 - Bahagian Pentadbiran JBS Melaka telah mengadakan taklimat SUB Modul Deskripsi Tugas (Job Description - JD) kepada semua pegawai dan kakitangan di jabatan tersebut. Taklimat ini adalah bertujuan bagi memberi kefahaman kepada mereka berkaitan JD itu sendiri selain dari menerangkan langkah-langkah serta cara bagaimana membuatnya di dalam HRMIS. SUB Modul JD ini dijangka akan diguna pakai di semua peringkat kementerian seawal tahun hadapan.