SUCCESS BA MSL JASIN
 
TAMAN MAJU, 14 Mei 2022 - Kejohanan Badminton Malaysia Sports League (MSL) 2022 Daerah Jasin menutup tirai dengan kejuaraan milik Success BA yang menumpaskan MURC 3-1 di peringkat akhir. Tempat Ketiga Bersama milik 9000 dan Misdec 1.
.
Sebanyak 8 pasukan mendaftarkan diri dalam kejohanan ini dalam merebut hadiah wang tunai berjumlah RM2,300 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Taman Maju, Jasin.
.
Pelaksanaan MSL yang bertujuan membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi gerakan gaya hidup aktif dan sihat di samping mencari bakat baharu. Juara dan Naib Juara bakal beraksi di peringkat Negeri sebelum ke peringkat Kebangsaan yang tarikh akan diumumkan kelak.
.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Rahizi Ranum, Pegawai Daerah Jasin dengan gimik perasmian Servis Mula.Turut hadir sama ialah Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh; Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin, Nurul Haida Mohd Ghazali dan Ketua Pengadil dari Persatuan Badminton Negeri Melaka, Bong Chong Peng.