23 Januari 2022, Dataran Pahlawan Melaka - YB Tuan P. Shanmugam A/L V. Pitchay Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah sudi meluangkan masa selama lebih kurang 2 jam dalam Sesi Walkabout di Kotalokal, Dataran Pahlawan, Melaka semalam bagi menyantuni para peniaga di situ dan membuat tinjauan tapak bagi pelaksanaan perasmian program "Youth Corner". Program "Youth Corner" ini merupakan cetusan oleh Kerajaan Negeri Melaka yang bertujuan mewujudkan ruang kepada golongan belia untuk bersantai dengan pelbagai aktiviti sihat . Majlis perasmian dijangka akan disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri pada bulan hadapan. Program ini juga akan melibatkan kerjasama di antara Majlis Gabungan Belia Daerah Melaka Tengah, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan Pejabat Belia & Sukan Negeri Melaka sebagai urusetia bagi daerah Melaka Tengah.  Turut hadir pada sesi semalam, YBrs. En.Muhammad Abdul Hafidz Bin Mohd Amin, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, YBrs. En.Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh, Penolong Pengarah Bahagian, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Puan Norazlin Bt Sarun, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengan, Nurul Haida Mohd Ghazali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin, Barisan Kepimpinan Majlis Gabungan Belia Daerah Melaka Tengah yang diwakili oleh Saudara Linesh Kandhar dan Sdr Nik Ahmad Yaakob.