MASJID TANAH, 1 Mac –  Seramai hampir 50 orang calon telah layak ditemuduga untuk jawatan Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Gred S29 (Kontrak) yang bertempat di Kompleks Sukan Masjid Tanah. Sesi temuduga ini telah bermula sejak semalam dengan para calon perlu mengikuti penilaian kecergasan melalui Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Perjawatan ini adalah bagi mengisi kekosongan jawatan di Institut Pembangunan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia.