GADEK, 24 Mac 2022 - Sesi Taklimat ringkas oleh YBrs. Encik Khairul Adri Bin Dato' Rosli, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka kepada YB Tuan VP. Shanmugam a/l V. Pitchay, Exco Pembangunan Belia dan Sukan, Badan Bukan Kerajaan NGO Negeri Melaka bagi pelaksanaan program Malaysia Sports League (MSL) 2022 Peringkat Daerah dan Negeri Melaka telah diadakan di Kompleks Japerun Gadek, Alor Gajah. Sesi taklimat ini diadakan bagi menerangkan lebih jelas perancangan program MSL di peringkat Negeri dan Daerah yang mana dilaksanakan bermula 20 Mac hingga 9 Julai 2022. Program MSL ini melibatkan 5 jenis sukan yang akan dilaksanakan pada setiap minggu di setiap Daerah iaitu Bola Jaring, Sepak Takraw, Futsal Lelaki & Wanita, Bola Keranjang 3x3 Lelaki & Wanita serta Badminton Berpasukan. Johan dan Naib Johan setiap jenis sukan akan layak beraksi di MSL 2022 Peringkat Negeri Melaka yang dijangka akan dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka kelak.
Turut hadir, YBrs. Encik Mohd Syaiful Fahmi bin Mohd Salleh, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB. Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) merangkap ADUN Gadek di atas sokongan penuh kepada program MSL ini dan diharapkan program ini dapat berjalan dengan lancar dan jayanya.