AYER KEROH, 16 Mac 2022 - Satu sesi perjumpaan YBrs. Tuan Pengarah JBS Melaka; Encik Khairul Adri Dato' Rosli bersama seluruh warga kerja JBS Melaka telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat, JBS Melaka.
Sesi pada kali ini lebih kepada sesi berkenalan diantara Tuan Pengarah bersama kakitangan JBS Melaka dan Tuan Pengarah sempat menyampaikan serba ringkas amanat dan pengharapan beliau kepada kakitangan yang hadir agar visi dan misi Jabatan dapat dicapai dan dapat bekerjasama bersama beliau untuk memastikan JBS Melaka terus maju jaya.
Sesi tersebut telah dihadiri Pengurusan Tertinggi Jabatan, PBSD, wakil bahagian, wakil KSK dan seluruh warga kerja JBS Melaka. Untuk makluman, YBrs. Encik Khairul Adri Dato' Rosli telah memulakan tugas beliau sebagai Pengarah JBS Melaka berkuatkuasa 15 Mac 2022 yang lalu. Seluruh warga JBS Melaka sangat mengalu-alukan kehadiran Tuan Pengarah. Semoga JBS Melaka akan terus maju jaya dibawah kepimpinan tuan.