MELAKA TENGAH, 23 Januari 2020 – Sesi perbincangan bagi menyelaras program Melaka Edu Run 2020 telah diadakan di Melaka International College of Science and Technology (MiCoST) yang melibatkan beberapa agensi kerajaan termasuk wakil daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Encik  Adam Bin Yusof, Pengarah Urusan FR Project Management iaitu penganjur utama bersama Kolej MiCoST. Antara pengisian yang dibincangkan ialah berkaitan keselamatan laluan larian yang melibatkan 3 kategori iaitu 21KM, 10KM dan 5KM di sekitar Ayer Keroh, Melaka. Program larian ini bakal diadakan pada 2 Februari 2020 di perkarangan Bangunan WAY Ayer Keroh, Melaka yang akan dirasmikan oleh YB Datuk Noor Effandi Bin Ahmad, Exco Pendidikan, Modal Insan, Sains dan Inovasi Kerajaan Negeri Melaka. Semoga segala persiapan program ini berjalan lancar dan berlangsung dengan jayanya.