PUTRAJAYA, 21 Januari 2022 – Pegawai dan Pembantu Pegawai Unit Kepimpinan dan Pembangunan Sahsiah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka encik Habli Hijazi Fauzan Ahamad Faudzi dan cik Jalma Annas telah menyertai Sesi Perbincangan Pelaksanaan Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) 2022 melalui aplikasi ‘Google Meets’. Tujuan pihak Jabatan Belia dan Sukan Negara mengadakan perbincangan ini diadakan adalah bagi mendapatkan input tambahan dalam bentuk cadangan dan idea daripada semua Jabatan di peringkat negeri untuk memastikan penganjuran Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) di peringkat negeri pada tahun ini berjalan lancar dan dapat melahirkan pemimpin muda yang berkebolehkan dan memenuhi kriteria seorang pemimpin bagi menerajui pertubuhan belia selaras dengan transisi kepimpinan dibawah Akta Pertubuhan Belia (Pindaan) 2019 [Akta 668]. Disediakan Oleh: Jalma Annas, Bahagian Pembangunan Belia, JBSNM