ROMPIN, Pahang, 10 Februari - Sesi perbincangan dan lawatan tapak program penempatan peserta ARPRM Tahap Emas Negeri Melaka berjalan lancar dan jayanya bertempat di Kompleks Rakan Muda Sukan Air (KRMSA) Rompin dan sekitar Daerah Rompin. Sesi perbincangan ini mendapat kerjasama baik daripada pihak KRMSA Rompin, PBSD Rompin, JKKK, Persatuan Belia dan Majlis Belia Felda serta JBS Negeri Melaka sebagai Badan Operasi ARP. Program penempatan yang bakal dilaksanakan pada bulan Mac ini akan disertai oleh 19 orang peserta ARP Emas daripada Kolej Antarabangsa Putra Melaka dan Kolej Cosmopoint Melaka selama 5 hari 4 malam melibatkan 5 buah kampung di Daerah ini. Pelbagai aktiviti menarik bakal dirasai oleh peserta meliputi sosio-budaya, pemakanan, pekerjaan, tempat tinggal dan sebagainya yang asing bagi mereka di sesuatu kampung yang terlibat. Semoga program yang dirancang ini dipermudahkan demi melahirkan generasi remaja yang serba boleh, berkualiti, mampu berdikari dan bakal pemimpin muda masa depan.